Isnin, Mac 05, 2007

LAWATAN PENGURUS BANK MUAMALAT SUBANG




En. Zamri bin Zainal, Manager Bank Muamalat Cawangan Subang Jaya telah melawat ke Sekolah Integrasi As-Syakirin pada hari Isnin, 4 Mac 2007 pukul 3.00 petang. Lawatan ini adalah lawatan pertama beliau ke sekolah selepas beliau dilantik menjadi pengurus Bank Muamalat Subang Jaya sejak Januari 2007.


Beliau berpendapat, sekolah ini amat sesuai bagi pelajar kerana konsep integrasinya dan pendekatannya. Dalam kesempatan yang sama beliau berkenan untuk menyampaikan sumbangan untuk aktiviti Ko-Kurikulum As-Syakirin.


Kita doakan beliau dapat memimpin Bank berkenaan dengan cemerlang.

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 07

Ceramah persediaan UPSR 07, telah diadakan di Dewan As-Syakirin pada hari Sabtu-Ahad, 24-25 Februari 2007 jam 8.30 - 1.00 petang. Penceramah yang dijemput ialah Cikgu Zakaria b Abdul Rani ( Ketua Pemeriksa Kertas Matematik Daerah Petaling ), Cikgu Mohd Johari b Mohammad Sahar ( Ketua Pemeriksa Kertas Sains Daerah Petaling ) Cikgu Khairuddin b Ayip ( Guru Pakar Bahasa Melayu & Pengarang Terkenal Buku-2 UPSR ), Mr. Sebastian K. Francis ( Former Master Teacher Selangor & Pengarang Buku Soalan Bahasa Inggeris UPSR ).

Bengkel ini telah memberi banyak maklumat teknik menjawab soalan kepada pelajar oleh pakar-2 dalam bidang masing-2.

Pada hari Ahad pula, pelajar tahun 5 turut menyertai bengkel teknik menjawab soalan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Ibubapa menyedari bahawa program ini banyak memberi manfaat dan mencadangkan diadakan program follow-up dan ada juga yang mencadangkan diadakan di tempat mereka bekerja.

Semoga berjaya di UPSR.