Selasa, April 01, 2008

SUKAN TAHUNAN SIAS '08

Sukan Tahunan SIAS 08 telah dengan jayanya diadakan pada hari Ahad, 30 Mac 2008 di Stadium Mini Seksyen 13 Shah Alam. Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah Hijau dengan markah seperti berikut ;
Rumah HIJAU = 385.7
Rumah BIRU = 356.7
Rumah MERAH = 351.6
Rumah KUNING = 343.6

Pemenang persembahan juga Rumah Hijau dengan markah seperti berikut ;
Rumah HIJAU = 78.7
Rumah KUNING = 77.6
Rumah BIRU = 68.7
Rumah MERAH = 66.6

Pada tahun ini anugerah olahragawan dan olahragawati dianugerahkan kepada ;
Olahragawan Sekolah Menengah = Sdr Ariff Afif bin Datuk Hassan Ali
Olahragawati Sekolah Menengah = Sdri Nurul Ain Abidah bt Abdul Halim

Jumpa lagi di Sukan SIAS '09

sias2007@gmail.com

MAJLIS DIALOG PMR & SPM

Majlis Dialog PMR dan SPM telah diadakan di Dewan As-Syakirin pada hari Sabtu, 22 Mac 2008. Majlis ini diadakan dengan tujuan membincangkan perkembangan terkini berkaitan PMR dan SPM terutama Takwim, Yuran, Pendaftaran, Tempat Peperiksaan dan Majlis Akujanji Pelajar PMR dan SPM di hadapan guru dan ibubapa.
Pembentangan Kertas Kerja dilakukan oleh Penyelaras PMR dan SPM tentang Analisa PKSM 1 dan Perperiksaan PMR & SPM tahun 2007.
Diakhir Majlis ini telah dibuka Sesi Dialog antara guru dan ibubapa bagi menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit.

Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Majlis Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabi'ul Awwal 1428 H di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Qur'an oleh sdr Hidayah (tingkatan 4) dan persembahan Pemenang-2 Pertandingan Amal Islami peringkat sekolah seperti nasyid tahap dua ( puteri & putera), nasyid sekolah menengah, barzanji pimpinan sdr hidayah ( yang berpengalaman dijemput ke majlis-2 kenduri kahwin).
Majlis juga diserikan dengan ceramah oleh penceramah jemputan iaitu ust Hairul ( D-Afdhal Education Centre, Bandar Baru Bangi ) dengan tajuk "Sirah Rasul".
seramai lebih kurang 400 hadirin membanjiri dewan terdiri daripada ibubapa, guru, dan pelajar serta masyarakat sekeliling.