Rabu, Jun 23, 2010

PERANAN IBU BAPA

Ibu penyejuk hati, bapa penyemangat jiwa
Bapa pembangun jiwa, ibu penyuburnya
Anak-anak selalu dengan ibu,
jagalah akhlak mereka
Melalui pengajaran, melalui didikan
yang paling berkesan
Melalui tauladan
Bapa jarang ada di rumah,
jadikanlah tempat rujuk sahaja,
Apabila ada masalah di dalam keluarga,
tanyalah bapa
Melalui ibu sebagai perantaraan berilah tahu
kepadanya
Tidak salah kalau anak-anak terus direct
kepadanya asalkan jaga adab-adabnya
Segala sifat mahmudah latihlah di rumah,
di sekolah menambahnya
Latihlah mereka beribadah
disiplinkan sembahyangnya

Ajak mereka bekerja sama
mengurus rumah tangga
Programkan kerja-kerja,
di samping kerja-kerja sekolahnya
Anak-anak berilah kasih sayang
tapi jangan terlalu dinampakkan
Kecuali yang kecil-kecilnya
Latih juga di kalangan mereka
berkasih sayang sesamanya
Bertolong bantu, bermaafan, bertolak ansur
dan berlebih kurang
Ajarlah juga
Wujudkan di dalam keluarga,
ibu dan ayahlah modelnya
Mereka akan menirunya
Galakkan makan bersama
di dalam institusi keluarga
Ajar mereka adab-adab dan displinnya
Tidur baring, membaca dan rehat
tunjukkan juga
cara-caranya
Agar keluarga terurus, disiplin ada wujud harmoni
Itulah syurga rumah tangga,
sebelum syurga di akhirat sana


UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

AKHLAK HARGA DIRI MANUSIA

Akhlak Harga Diri Manusia

Janganlah suka cakap yang sia-sia
Seperti cakap merapu yang tidak ada manfaatnya
Cakap yang tidak disukat, tidak fikir dosa Orang benci,
Tuhan lebih-lebih lagi tidak suka
Bergembira tidaklah salah tapi jaga tatasusila
Berhibur bukanlah salah tapi di dalam batas-batas agama
Akhlak kenalah jaga, ia maruah kita
Tidak ada akhlak, manusia tidak percaya
Orang yang tidak berakhlak orang yang sudah tidak malu
Orang yang tidak malu tindakan dia tidak fikir dosa pahala
Dia tidak fikir lagi apa orang kata
Bahkan cercaan orang jiwanya tidak rasa apa-apa
Begitulah hati bila sudah mati
Perkara yang memalukan tidak terasa apa-apa lagi
Bahkan dia berbangga pula dengan perbuatannya
Hatinya berkata, apa orang hendak kata, katalah peduli apa
Harga diri manusia adalah akhlaknya
Tidak ada akhlak, harga diri pun tidak ada
Jika harga diri tidak ada
Binatang lebih bernilai dari manusia

UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

QURAN PEMBELA HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an.Wallahu "alam.
UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia

PESANAN AL-IMAM AL-GHAZALI : MENGHINDARI MAKSIAT ZAHIR

Jagalah baik-baik seluruh anggotamu, terutamanya anggotamu yang TUJUH kerana pintu Neraka itu TUJUH dan telah ditentukan setiap pintu itu untuk dimasuki oleh kumpulan yang telah melakukan perbuatan MAKSIAT dengan salah satu diantara TUJUH anggota badan iaitu mata, telinga, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
UNIT BADAR SIAS
Ditulis oleh : Abu Damia